Saturday, October 3, 2009

report lengkap latihan industri(kejuteraan mekanikal)

BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan.

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar di syaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik (KPTM). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar.

1.2 Latar Belakang Organisasi

King Hong Steel telah memulakan operasinya dalam tahun 2005. Pada masa itu,King Hong adalah satu satunya syarikat yang menjalankan operasi sebagai 'kilang pelebur besi' di Sarawak. KHS pengeluar besi yang berkualiti tinggi hasil daripada peleburan besi-besi yang terpakai. Keseluruhan pengeluaran syarikat ini bukan hanya menumpukan kepada pembangunan industri ini di Sarawak, malahan ia juga mempunyai orientasi persekitaran yang kuat berasaskan besi terpakai. Selain itu ia juga menghasilkan dan memproses besi-besi tersebut menjadi aloi. Syarikat ini mempunyai keluasan tanah seluas 6 hektar dan terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian Demak Laut. KHS juga mengeluarkan lebih kurang 360,000 tan metrik besi dalam jangka masa setahun.

Kini, KHS telah berkembang dan mempunyai sebuah anak syarikat di bawahnya iaitu syarikat perniagaan perindustrian King Hong Steel Sdn Bhd. KHS menjadi pembekal besi dan aloi kepada anak syarikatnya itu, untuk menghasilkan bahan-bahan bagi industri binaan di Sarawak. Melalui usaha gigih yang dilakukan oleh KHS dan SPPKH ini, ia dapat mengurangkan import bahan-bahan besi oleh Sarawak dari luar negeri. Oleh yang demikan, syarikat King Hong Steel juga dapat menjimatkan masa dan kestabilan pembekal bahan-bahan besi ini untuk semua pengusaha dan pengguna di Sarawak.

1.3 Hala tuju Organisasi
King Hong Steel Sdn Bhd mempunyai hala tujunya tersendiri. Hala tuju ini termaktub dalam visi, misi, motto, objektif, dasar kualiti dan piagam pelanggan. Di samping itu, bagi melancarkan lagi hala tuju KHS, pekerjanya mengamalkan amalan seperti yang tertulis dalam pelan strategi, kod perjanjian, peranan dan tanggungjawab, pelan keselamatan serta mengamalkan ciri-ciri pengurusan berkualiti menyeluruh. Di bawah diterangkan kandungan yang terdapat dalam hala tuju King Hong Steel Sdn Bhd.

1.3.1 Visi

Untuk menjadikan sebuah firma King Hong Steel Sdn Bhd yang berdedikasi dan dinamik dengan budaya dan nilai yang berlandaskan kecemerlangan dan berorientasikan keberkesanan, sensitif terhadap masyarakat dan peka kepada arah-arah dan aspirasi-aspirasi kerajaan untuk pembangunan.

1.3.2 Misi

Melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur, kejuruteraan mekanikal dan kerja-kerja pembekal lain serta juga kerja-kerja penyelenggaraan pada perbelanjaan yang terendah dalam jangka masa yang singkat dengan keperluan sosial ekonomi dan polisi kerajaan Sarawak.


1.3.3 Motto

“ CEPAT, EKONOMI DAN BERKUALITI ”
“ BERSATU BERUSAHA DAN BERBAKTI ”
























BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Dalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri. Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian penyelenggaraan mekanikal yang lebih kepada kerja-kerja membaiki “excavator Hitachi”, lori dan “forklift”. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 8 jam sehari, bermula dari jam 08.00 a.m – 05.00 p.m setiap hari bermula dari hari Isnin – Sabtu. Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama 22 minggu.







MINGGU
(TARIKH)
AKTIVITI-AKTIVITI
Minggu 1
12Jan – 17Jan
Melapor diri di tempat latihan industri iaitu King Hong Steel Sdn Bhd.
Mencuci komponen enjin yang sudah diselenggara.
Membantu menservis lori.
Mengimpal rim lori dan rim forklift yang pecah.
Minggu 2
19Jan – 24Jan
Mengendalikan mesin larik.
Mengganti pad brek pada bahagian rim lori.
Membantu menggantikan bearing yang pecah di bahagian rim pada forklift.
Membantu menggantikan bus yang rosak pada lori.
Minggu 3
28Jan – 31Jan
Membantu menukar pad brek.
Membantu memasang hap truck.
Membantu melaras brek truck.
Membuka pam brek.
Memasang silinder jack.
Minggu 4
02Feb – 07Feb
Menggantikan tayar forklift.
Menservis kobelco jenis Hitachi.
Memotong besi pada ukuran yang dikehendaki.
Membantu membuka jack Hitachi.
Membantu memasang beban pada belakang forklift.
Minggu 5
09Feb - 14Feb
Membantu memasang lengan bakul kobelco.
Membantu membuka “universel join forklift”.
Menggantikan minyak pelincir “M 40” pada lori.
Membantu memasang “huck jack forklift”.
Membantu melaras “trey huck” pada forklift.
Mengimpal rim forklift yang pecah.
Minggu 6
16Feb - 21Feb
Membantu membaik pulih motor penghidup pada forkloft.
Mengisi minyak hidraulik pada excavator.
Membantu memasang pegas jenis daun pada truck valvo.
Membantu memasang motor penghidup pada forklift.
Menservis jentera berat Hitachi.
Minggu 7
23Feb - 28Feb
Membantu menservis lori Bedford.
Meloyang paip air penyejuk enjin yang bocor.
Membantu menservis jentera berat Hitachi.
Membantu menservis lori Nissan.
Minggu 8
02Mac - 07Mac
Memasang rantai “trey huck” pada forklift.
Membantu menukar “shill piston” pada silinder jack Hitachi.
Membantu menukar bearing pada “universel join forklift”
Membantu menservis forklift.
Mengimpal paip “ekzos” yang terputus pada lori Bedford.
Membantu menukar “barket sten long vehicle” yang rosak.
Minggu 9
10Mac – 14Mac
Membantu membuka “silinder jack grappel” pada Hitachi.
Membantu menukar bearing yang pecah pada “universel join forklift”.
Membantu merombak kepala silinder Hitachi.
Melakukan kerja pemeriksaan pada kepala silinder Hitachi.
Membantu memasang semula komponen kepala silinder.
Minggu 10
16Mac – 21Mac
Menservis minyak enjin pada excavetor.
Menukar hos hidraulik pada Hitachi.
Membantu menggantikan motor penghidup.
Menservis minyak enjin pada Hitachi.
Minggu 11
23Mac – 28Mac
Membantu menukar hos minyak pam utama pada lori.
Membantu menservis brek bush pada lori Nissan.
Menukar hos hidraulik pada forklift.
Membantu menukar pegas pembalik pada lori treler.
Membuka pam minyak pada lori Bedford.
Membantu menservis forklift.
Minggu 12
30Mac – 04April
Menservis excavator Hitachi.
Membantu merawat larasuhu pada Hitachi.
Menservis forklift.
Menservis Bedford.
Membantu merombak rawat bongkah enjin Hitachi.
Minggu 13
06April – 11April
Membantu menyelenggara pam mekanikal.
Menservis forklift
Membuka motor penghidup pada forklift.
Minggu 14
13April – 18April
Menservis pemancit lori.
Melarik penutup silinder jack.
Membantu membuka jack haidraulik pada jentera berat “excavator”.
Membantu membuka turbo pada jentera berat “excavator”.
Menukar hos hidraulik jack pada “universel join forklift”.
Minggu 15
20April – 25April
Menservis lori Nissan.
Memasang tangki air penyejuk dan memasang larasuhu pada Hitachi.
Menservis forklift.
Menservis minyak enjin “M 40” pada excavator Hitachi.
Menukar solenoid motor penghidup pada lori.
Minggu 16
27April – 02Mei
Menukar hidraulik hos pada excavator Hitachi.
Membuka “pulley” pada excavator Hitachi.
Membuka “radiator” pada excavator Hitachi.
Membuka “center join arm” excavator Hitachi.
Minggu 17
04Mei – 08Mei
Menukar hos hidraulik pada Hitachi.
Membuka hidraulik hos pada forklift.
Menukar bearing “universel join forklift”.
Menservis minyak enjin “M 40” pada excavator Hitachi.
Menukar rantai “universal join forklift”.
Minggu 18
11Mei -16Mei
Menolong membuka silinder jack Hitachi jenis gripel.
Membuka pemancit pada lori Nissan.
Menukar hidraulik hos pada Hitachi.
Menukar rantai pada forklift.
Menservis excavator.
Minggu 19
18Mei – 23Mei
Membantu memasang pemancit pada lori Nissan.
Menukar bearing tayar pada forklift.
Menservis excavator Hitachi.
Membuka pemancit di bahagian enjin kenderaan pengangkutan lori “Toyota”.
Membuka pam utama pada enjin lori Toyota.
Menukar “clutch disc” pada valvo dan memasang pemancit pada lori Nissan.
Minggu 20
25Mei – 30Mei
Menukar hidraulik hos pada excavator.
Menservis Hitachi.
Memukar pin terminal bateri pada valvo.
Membuka tangki minyak hitam pada Hitachi.
Menservis lori Bedford.
Minggu 21
03Jun – 05Jun
Melarek besi bar pada bentuk “cone” yang diperlukan.
Menukar “bearing universal join” pada forklift.
Minggu 22
08Jun – 12Jun
Memasang hidraulik hos pada excavator Hitachi.
Menukar hidraulik jack pada excavator Hitachi.
Membuka hidraulik radiator pada excavator Hitachi.
Menggantikan hidraulik hos pada Hitachi.




















BAB 3 ROMBAK RAWAT KEPALA SILINDER

Pengenalan
Enjin terdiri daripada dua bahagian utama iaitu kepala silinder dan bongkah enjin. Pelbagai jenis kerja penyenggaraan perlu dilakukan untuk menjamin prestasi enjin.

3.1 ENJIN

Fungsi
Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan.

Kendalian
Kendalian enjin dua lejang
Enjin dua lejang tidak menggunakan injap. Sebaliknya, terdapat liang pada dinding silinder yang ditutup dan dibuka oleh pergerakan piston iaitu liang masuk, liang pindah dan liang ekzos.

Kendalian enjin empat lejang
Enjin empat lejang mempunyai injap dan prosesnya melibatkan empat lejang iaitu lejang masuk, mampatan, kuasa dan ekzos.

3.2 PENGELASAN ENJIN

Kepala silinder
Fungsi utama kepala silinder adalah untuk menutup silinder enjin agar dapat membentuk ruang pembakaran. Komponen-komponen utama yang terpasang pada kepala silinder ialah aci sesendol, pemasangan injap dan palam pencucuh. Kepala silinder enjin lama dibuat daripada besi tuang sementara enjin moden menggunakan aloi aluminium.

Aci sesendol
Fungsi utama aci sesendol ialah membuka injap masuk dan injap ekzos mengikut urutan yang ditetapkan. Gear aci sesendol dipasang pada bahagian hadapan aci sesendol dan disambungkan pada gear aci engkol dengan tali sawat pemasaan. Aci sesendol biasanya dibuat daripada besi tuang. Jurnal aci sesendol bergerak di dalam galas yang terdapat di dalam kepala silinder.

Pandu injap
Pandu injap ialah tempat batang injap bergerak. Terdapat dua jenis pandu injap, iaitu pandu injap kamiran dan pandu injap pasang tekan. Jenis kamiran dibuat semasa proses pembuatan kepala silinder sementara jenis pasang tekan ialah sarung yang dipasang pada lubang dalam kepala silinder.

Dudukan injap
Dudukan injap bersama-sama muka injap berfungsi menghasilkan kedap udara. Jenis dudukan injap ialah dudukan kamiran dan dudukan pasang tekan. Dudukan kamiran terdapat pada kepala silinder besi tuang sementara jenis pasang tekan terdapat pada dalam kepala silinder aloi aluminium. Sudut dudukan injap dalam enjin iaklah 45° atau 30°.
Pepasangan injap
Kenderaan menggunakan sama ada injap jenis popet atau cendawan. Injap dibuat daripada proses larikan dan bahagian utamanya ialah muka, batang dan jidar injap. Terdapat dua jenis injap iaitu injap masuk dan injap ekzos. Kepala injap masuk lebih besar daripada kepala injap ekzos. Sesetengah batang injap ekzos mengandungi natrium untuk menyejukkan injap. Sudut muka depan injap ialah 45° dan 30°.

Pengadang injap dibuat daripada getah neoprene berfungsi untuk menghalang kemasukan minyak pelincir ke dalam ruang pembakaran.

Pegas injap dibuat daripada keluli pegas dan dibezakan berdasarkan bilangan gelung, ukuran dan ketegangannya.


Panca rongga masuk
Panca rongga saluran masuk diperbuat daripada aloi aluminium dan dipasang pada bahagian kepala silinder. Karburator atau pemancit dipasang pada panca rongga masuk dan mempunyai saluran yang disambung ke setiap silinder. Campuran udara dan bahan api yang masuk melalui saluran ini.

Panca rongga ekzos
Panca rongga ekzos diperbuat daripada besi tuang dan dipasang pada bahagian tepi silinder. Semasa injap ekzos terbuka, gas ekzos keluar melalui saluran panca rongga ke injap ekzos.





3.3 UJIAN MAMPATAN

Ujian mampatan dilakukan atas sebab berikut;
Kuasa enjin berkurangan.
Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan.
Penggunaan bahan api yang tinggi.

Jenis ujian mampatan
Mampatan kering.
Mampatan basah.

Ujian mampatan basah dilakukan apabiala bacaan ujian mampatan kering adalah rendah daripada spesifikasi. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada kebocoran berlaku pada kawasan kepala silinder atau pada bahagian-bahagian bongkah silinder.

3.4 RAWATAN KEPALA SILINDER


Rajah 1: Bahagian kepala silinder


Maklumat penting

Merombak kepala silinder

Kerja menyenggara kepala silinder hendaklah mengikut prosedur. Kerja melonggarkan bolt dua atau tiga peringkat hendaklah mengikut urutan. Kepala silinder diletakkan di atas alas kayu agar tidak merosakkan permukaan kepala silinder. Pepasangan injap yang ditinggalkan disusun mengikut susunan silinder.

Pemeriksaan

Kerataan permukaan kepala silinder boleh diuji dengan menggunakan lurus tepi. Permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan kebocoran gas dari pada silinder enjin. Keretakan kepala silinder boleh dikesan dengan menyemburkan pencelup yang akan menusuk ke bahagian yang retak.
Kelegaan minyak aci sesendol diuji dengan menggunakan tolok plastik dan kelurusan aci sesendol diuji dengan menggunakan tolok dial.
Injap diperiksa untuk mengesan kerosakan seperti terbakar, calar, haus pada permukaan injap dan leburnya muka injap. Jika kelegaan antara pandu injap dengan batang injap melebihi spesifikasi, pandu injap hendaklah diganti.
Pegas injap diperiksa untuk memastikannya square dan tidak melebihi spesifikasi dari segi panjang dan ketegangan.
Dudukan injap diperiksa untuk mengesan bopeng dan kehausan. Penyelasaiyannya ialah dudukan dicanai atau diganti jika terlampau haus.
Pepasangan aci jumpelang diperiksa dan, jika kehausan melebihi spesifikasi, ini akan menyebabkan enjin hingar semasa beroperasi.













BAB 4 ROMBAK RAWAT BONGKAH ENJIN

Pengenalan
Dalam bab ini anda dapat mengenali bahagian-bahagian utama bongkah enjin serta mempelajari istilah, formula dan pengiraan. Seterusnya, melakukan kerja pemeriksaan, pengujian, memasang kembali, menghidupkan dan menyala enjin.

4.1 BONGKAH ENJIN


Rajah 2: Bongkah enjin

BAHAGIAN DAN BINAAN ENJIN

Bongkah enjin
(a) Bongkah enjin terdiri daripada bongkah silinder dan kotak engkol.
(b) Binaan tersebut menjadikan enjin lebih kukuh.
(c) Bongkah enjin dibuat daripada besi tuang bercampur dengan nikel dan kromium.
(d) Untuk kenderan yang mengutamakan kelajuan, enjin mestilah ringan dan bongkahnya dibuat daripada aloi aluminium.
(e) Silinder bongkah enjin dikelilingi selubang air untuk mengekalkan suhu kerja.
Takungan minyak pelincir
(a) Takungan minyak pelincir dibuat daripada jenis keluli tekanan.
(b) Ada juga takungan yang dibuat daripada aloi aluminium untuk memudahkan aliran haba. Sirip penyejuk juga terdapat di sekeliling takungan untuk penyejukan enjin.
(c) Takungan ini menakung minyak pelincir dan mempunyai palam salir.
Piston dan gelang
(a) Piston dibuat daripada aloi aluminium.
(b) Gelang piston dibuat daripada besi tuang dan keluli.
(c) Pemasangan piston dalam silinder mestilah jitu untuk menerima hentakan lejang kuasa.
(d) Piston juga mestilah tahan haba.
(e) Bagi menjamin kekedapan dalam silinder, gelang mampatan dipasang pada piston.
(f) Gelang minyak memudahkan dan mengawal pelinciran pada silinder serta mengelakkan minyak pelincir sampai ke ruang pembakaran.

Rod penghubung dan cemat piston
(a) Rod penghubung dipasang pada piston melalui cemat piston dan hujung yang satu lagi dipasang pada cemat aci engkol.
(b) Rod penghubung dan cemat piston mengubah pergerakan piston secara salingan pada putaran melalui aci engkol.
Aci engkol dan roda tenaga
(a) Galas utama menahan aci engkol.
(b) Apabila berputar, aci engkol mengalirkan kuasa ke kotak gear dan seterusnya ke roda pemacu.
(c) Aci engkol dibuat daripada besi tuang bercampur aloi. Jurnalnya adalah lebih keras dan mempunyai permukaan yang licin.
(d) Roda tenaga dipasang pada bahagian belakang aci engkol.
(e) Ia ditimbang dengan tepat, berperanan untuk menyerap kuasa dari lejang kuasa dan meneruskan pusingan pada lejang lain.
(f) Roda tenaga yang dipasang pada bahagian aci engkol mempunyai gear yang bergigi untuk memudahkan motor penghidup memusingkannya.

4.2 PEMERIKSAAN DAN PENGUKURAN KOMPONEN

MAKLUMAT PENTING

Pemeriksaan komponen
Kejituan pemasangan piston ke dalam silinder dapat menentukan pretasi sesebuah enjin.
Keadaan ini menghasilkan mampatan yang tinggi dan kuasa optimum dengan penggunaan bahan api yang efisen.
Silinder perlu diukur bagi menentukan tahap kehausannya.
Kehausan silinder, gelang piston, piston dan galas engkol boleh mengakibatkan perkara berikut:
(a) Berlakunya tamparan piston.
(b) Pengurangan kuasa.
(c) Penggunaan bahan api dengan kadar yang tinggi.
(d) Kadar penggunaan minyak pelincir yang tinggi serta enapan karbon di dalam ruang pembakaran.
(e) Kehausan galas aci engkol akan menyebabkan berlakunya bunyi hentakan semasa lejang kuasa dan mengakibatkan percikan minyak pelincir dengan kadar yang tinggi ke dalam silinder. Keadaan ini akan menyebabkan pembakaran minyak pelincir dan menghasilkan asap berwarna biru.

4.3 PEMASANGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN

MAKLUMAT PENTNG
Pemasangan bahagian-bahagian
Berhati-hati semasa memasang pengadang minyak pelincir. Kerosakan pada bibirnya akan menyebabkan kebocoran.
Pastikan galas dipasang dalam keadaan bersih. Kekotoran boleh mempercepatkan kehausan pada galas.
Apabila memasang gelang piston kedudukan selanya hendaklah dipatuhi seperti dalam manual workshop. Tujuannya untuk mengelakkan kebocoran gas dalam silinder.
Pemeriksaan dan pemasangan tali sawat pemasangan hendaklah mematuhi peraturan yang sedia ada. Periksa tali sawat pemasaan samaada retak atau haus.
Pelarasan kelegaan injap hendaklah menepati penentuan pembuat. Kelegaan yang lebih menyebabkan kebisingan injap sementara kelegaan yang kecil boleh menyebabkan injap terbakar dan enjin kehilangan kuasa.

4.4 KERJA PENALAAN

MAKLUMAT PENTING
Penalaan enjin adalah penggantian kompenen dan pelarasan jitu untuk mencapai prentasi enjin yang optimum.
Beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum kerja penalaan:
Sistem penyejuk
(a) Memeriksa paras air dalam tangki simpanan.
(b) Air radiator hendaklah bebas daripada kesan minyak.
Sistem pelincir
(a) Pastikan paras minyak pelincir mencukupi.
(b) Pastikan minyak pelincir tidak bercampur dengan air atau berubah warna.
Penapis udara
(a) Bersihkan elemen dengan udara mampat.
Tudung pengagih dan kabel
(a) Periksa keretakan pada tudung pengagih.
(b) Periksa sambungan kabel.
Bateri
(a) Pastikan punca bateri bersih dan kemas.
(b) Pastikan punca bateri dipasang dengan betul.
(c) Periksa paras elektronit.
Palam pencucuh
(a) Pastikan palam pencucuh dalam keadaan baik.
(b) Periksa palam pencucuh.
Tali sawat
(a) Periksa keadaan tali sawat samaada haus atau retak.
(b) Periksa ketegangan tali sawat.
Kelegaan injap
(a) Pastikan kelegaan injap mengikut spesifikasi.





.



BAB 5 SISTEM BREK

Pengenalan
Kenderaan moden menggunakan sistem brek hidraulik sebagai medium untuk memperlahankan dan memberhentikan kenderaan yang bergerak. Bendalir brek hidraulik yang berada dalam paip brek digunakan untuk memindahkan pergerakan serta tekanan dari pam induk ke silinder roda. Sistem brek adalah penting bagi sesebuah kenderaan dan hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik.












5.1 SISTEM BREK

Rajah 3 : Kompenen brek

Maklumat Penting
Brek kuasa
Brek kuasa menggunakan unit mekanisme penggalak (booster unit) yang di pasang diantara injak greak dan silinder induk bagi membantu menggerakkan injak brek dengan daya yang minimum.
Terdapat dua jenis mekanisme yang digunakan untuk menggerakkan brek kuasa:
Bantuan vakum – menggunakan vakum enjin atau pam vakum untuk menghasilkan vakum.
Bantuan hidraulik – biasanya terdapat pada kenderaan besar. Sistem ini menggunakan tekanan hidraulik yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa bagi membantu aplikasi brek.
Brek servo
Brek servo dikenali juga sebagai brek bantuan kuasa. Brek servo menggunakan vakum enjin bagi membantu tolakan rod tunjal semasa brek injak ditekan. Fungsi servo adalah untuk menghasilkan kecekapan yang maksimum semasa membrek tanpa menggunakan tenaga yang berlebihan semasa menekan injak brek. Brek servo berfungsi apabila enjin dihidupkan dengan bantuan vakum daripada pancarongga masuk daripada untuk menggerakkan gegendang ini membantu menggerakkan piston di dalam silinder induk.

Kendalian
Kedudukan brek servo semasa injak brek dilepaskan
(a) Liang vakum terbuka.
(b) Liang atmosfera tertutup.
(c) Vakum terbentuk di ruang hadapan dan belakang gegendang.
(d) Pegas menolak gegendang ke belakang. Tiada tekanan ke atas pam induk.
Kedudukan brek servo semasa injak brek ditekan
(a) Liang vakum tertutup.
(b) Liang atmosfera terbuka.
(c) Tekanan atmosfera memenuhi ruang di belakang gegendang dan menolak gegendang ke hadapan.
(d) Gegendang menolak rod tunjal pam induk dan memampatkan pegas.

Pam induk
Pam induk merupakan pam yang digerakkan dengan menekan injak brek dan seterusnya pistol akan menghasilkan tekanan untuk menolak bendalir brek melalui paip ke roda silinder.

Kendalian
Semasa injak brek ditekan
(a) Daya dipindahkan ke rod tunjal. Rod tunjal menolak pistol pam induk ke hadapan.
(b) Sebaik sahaja mangkuk utama piston menutup bahagian liang pampasan, bendalir brek terperangkap ke ruang tekanan dan pergerakan piston akan meninggikan tekanan.
(c) Piston akan menolak bendalir brek melalui saluran keluar pam induk ke saluran paip yang bersambung di saluran roda.
(d) Piston silinder akan menolak kekasut brek yang akan bergesel dengan gegelung brek.

Semasa injak brek dilepaskan
(a) Pegas pembalik menolak kekasut balik ke kedudukan asal.
(b) Kekasut brek pula akan menolak piston silinder roda ke dalam dan menolak bendalir brek ke pam induk melalui pam brek.
(c) Piston pam induk balik ke kedudukan asal.

Silinder roda

Kendalian
Semasa injak brek ditekan
(a) Bendalir brek yang dimampatkan dari pam induk akan menolak piston silinder roda keluar.
(b) Piston akan tertolak keluar dan menolak kekasut brek supaya bergesel dengan gelendong untuk memperlahankan atau memberhentikan roda daripada berpusing.

Semasa injak brek dilepaskan
(a) Pegas pembalik menarik kekasut brek.
(b) Kekasut brek menolak piston ke tempat asal. Bendalir brek kembali ke pam induk.
Jenis brek
Brek ceper
Brek ceper terdiri daripada pepasangan angkup brek, piston, sesendol, ceper dan pad brek.
Brek gelendong
Brek gelendong terdiri daripada plat penyokong belakang, kekasut brek, pegas dan cemat penahan kekasut brek, pegas pembalik, skru pelaras, silinder roda dan gelendong brek.

Brek tangan
Tuil brek tangan disambung dengan menggunakan rod atau kabel. Brek tangan memastikan kenderaan tidak boleh bergerak semasa berhenti.

Brek anti kunci (antilock brake system-ABS)
Sistem brek anti kunci menggunakan penderia kelajuan roda yang dipasang pada setiap roda. Dalam sistem ini, alat penderia pada roda menghantar isarat ke ECU tantang kelajuan pusingan roda. Apabila injak brek ditekan, ECU akan mengesan jika roda manjadi perlahan terlalu cepat dan berkemungkinan akan terkunci, maka ECU akan mengeluarkan arahan untuk menggerakkan injak solenoid hidraulik bagi mengurangkan tekanan brek ke atas roda tersebut. Ini dapat menstabilkan pergerakan roda daripada tergelincir semasa brek ditekan secara mengejut.

Bendalir brek
Bendalir brek merupakan “darah dan nadi” pada sistem brek hidraulik kerana ia menghubungkan kompenen yang lain untuk berfungsi. Ia dapat memindahkan tekanan melalui saluran brek dari pam induk ke roda silinder atau angkup untuk memberhentikan kenderaan. Pembuat kenderaan mengesyorkan hanya bendalir brek yang mempunyai kadar DOT 3 ke atas digunakan.
DOT 3 biasanya digunakan pada kenderaan sistem brek biasa. DOT 4 disyorkan kepada kebanyakan kenderaan yang mempunyai sistem brek ABS dan sistem brek kuasa.

5.2 PENYENGGARAAN BREK

Maklumat penting
Pemeriksaan
Pemeriksaan berkala perlu dilakukan pada keseluruhan sistem brek. Pemeriksaan ini merupakan penyenggaraan pencegahan bagi membantu dan memastikan sistem brek dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Antara pemeriksaan berkala yang perlu dilakukan:
Uji injak brek.
Memeriksa paras bendalir brek dalam takungan pam induk.
Memeriksa keadaan bendalir brek dalam takungan pam induk.
Memeriksa keadaan pepasangan brek roda.
Menservis sistem brek.
Kerosakan
Antara kerosakan pada sistem brek:
Bunyi yang luar biasa dari roda.
Bau hangit dari roda
Pergerakkan injak yang tidak normal.
Brek yang tidak sempurna semasa membrek.
Brek bocor.
Menservis
Menservis sistem brek adalah sangat penting pada sesebuah kenderaan dari aspek keselamatan. Apabila melakukan pemeriksaan terhadap sistem brek, hendaklah sentiasa berwaspada bahawa kegagalan menservis sistem brek boleh mengakibatkan kemalangan atau kematian.

Mendiagnosis kerosakan
Kita boleh mendiagnosis kerosakan pada sistem brek melalui beberapa simptom seperti bunyi, bau, pergerakan injak brek yang tidak normal dan kendalian membrek yang tidak cekap. Kebolehan untuk menginterpretasi simptom tersebut adalah penting untuk mengetahui kerosakan sebenarnya.
Jenis kerosakan
Sebab kerosakan
Tindakan
Injak brek mampung
(spongy)
- Terdapat udara dalam sistem brek
- Jujuh sistem brek
Brek jammed
- Lubang pemampas tersumbat
- gerak bebas injak brek terlalu sedikit atau tiada
- kekasut dilaras terlalu ketat
- servis pam induk

- laraskan gerak bebas

- laraskan kekasut
Kenderaan tertarik ke bahagian sebelah apabila membrek
- terdapat gris atau minyak pada lapik brek
- silinder roda bocor
- bersihkan atau ganti lapik brek
- servis silinder roda atau gati jika perlu
Injak brek turun jauh
(dropping brek pedal)
- lapik brek haus atau tidak dilaras dengan betul
- ganti atau laras lapik brek
Brek fade
- Menekan injak brek terlalu lama
- servis sistem brek dan tukar sekiranya perlu
Injak brek bergetar apabila ditekan
- gelendong ‘out of round’
- ceper brek meleding
-kesan hot spot pada gelendong brek
- tukar gelendong
- tukar ceper
- bersihkan gelendong












BAB 6 SISTEM PENGHIDUP

Pengenalan
Sistem penghidup diperlukan untuk menghidupkan enjin. Dalam sistem ini, motor penghidup beroperasi melalui tenaga elektrik daripada bateri. Pinan pada motor penghidup akan bercantum dengan gigi gear di roda tenaga sambil memusingkan aci engkol dan seterusnya menghidupkan enjin. Motor penghidup memerlukan sekurang-kurangnya 10 volt kuasa bateri untuk memusingkan roda tenaga dengan sempurna. Sejurus sahaja enjin dapat dihidupkan, pinan akan ditolak keluar dan memutuskan percantuman dengan roda tenaga melalui tekanan daya empar. Motor penghidup dipasang pada perumahan kotak gear pada sesebuah enjin.
Oleh sebab motor penghidup di bahagian yang rendah pada bahagian enjin, maka terdapat beberapa kerosakan yang sering berlaku pada sistem ini. Oleh itu, kerja membaik pulih dilakukan ke atas kerosakan yang berlaku pada motor penghidup.





6.1 Motor Penghidup Tidak Dapat Berputar


Rajah 4: Motor penghidup

Rajah 5: Litar pendawaian motor penghidup

Voltan bateri mungkin tidak mencukupi untuk memusingkan roda tenaga dan seterusnya menghidupkan enjin. Motor penghidup memerlukan sekurang-kurangnya 10 volt tenaga bateri untuk memusing dan menghidupkan enjin.
Jika berlaku masalah pada bateri, periksa keadaan bateri dengan alat penguji nyahcas tinggi. Alat ini digunakan untuk menguji tahap pengekalan cas pada sel-sel bateri. Bateri yang tidak dapat menyimpan cas dengan lama haruslah ditukarkan dengan bateri baru dan mempunyai saiz yang sama.

6.2 Motor Berputar tetapi Pinan Tidak Terkeluar untuk Memusingkan Roda Tenaga

Rajah 6 : Motor penghidup dengan roda tenaga

Dalam keadaan demikian, ia disebabkan oleh pinan melekat pada sarung tempat pinan menggelongsor. Mungkin sarung tersebut tidak dibubuhkan minyak gris semasa melakukan kerja selenggaraan.
Cara mengatasi masalah seperti ini adalah dengan mengetuk bahagian depan motor penghidup menggunakan tukul kecil atau kayu bagi melepaskan pinan yang tersangkut. Kemudian hidupkan enjin. Dijangka enjin akan hidup dengan mudah. Sekiranya enjin enggan berfungsi, keluarkan motor penghidup daripada enjin, dan bubuh minyak gris di sepanjang sarung untuk melicinkan pergerakan pinan keluar dan masuk semasa ia beroperasi.

6.3 Motor Berputar Perlahan, Sedangkan Bateri dalam Keadaan Baik

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh berus karbon yang telah haus berlebihan. Jika ini berlaku, keluarkan motor penghidup daripada kenderaan dan lakukan kerja baik pulih. Periksa keadaan berus karbon. Jika terdapat kehausan dengan teruk, gantikan berus karbon dengan yang baru. Pasang semula semua komponen dan pasangkan motor pada kenderaan. Sambungkan semua terminal. Hidupkan enjin. Dijangka enjin akan hidup dengan mudah selepas berus karbon digantikan dengan yang baru.

6.4 Kedengaran Bunyi Bising Semasa Enjin Dihidupkan

1) Gigi pinan haus

Keadaan ini menyebabkan pinan tidak dapat bercantum dengan roda tenaga dengan sempurna. Bunyi bising sering berlaku sejurus sahaja pinan bercantum dengan roda tenaga kerana kelonggaran yang berlebihan.

2) Pemasangan motor pada enjin tidak kukuh

Selalunya, setelah lama motor digunakan pada sebuah enjin, ada kalanya bolt pengikat motor akan longgar. Ini boleh menyebabkan penjajarannya tidak betul.
Jika ini berlaku, naikkan kereta tersebut ke atas tanjakan dan periksa keadaan motor. Ikat atau ganti bolt yang longgar dan hidupkan enjin.










BAB 7 : KESIMPULAN

Setelah menjalani Latihan Industri selama 5 bulan ini, saya dapat mengetahui dan memahami bagaimana firma ini memainkan peranan penting dalam bidang industri kepada masyarakat dan juga negara. Pendedahan yang telah diperolehi oleh kakitangan King Hong Steel Sdn Bhd berkaitan aspek kerja dan teknikal begitu bermakna sekali untuk menyediakan diri saya sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Diharap,dengan adanya Latihan Industri ini, saya tidak lagi merasa janggal apabila saya mula bekerja setelah tamat pengajian saya nanti.

Saya banyak diberi pendedahan tentang bidang tugas serta prosedur-prosedur yang berkaitan dengan proses membaikpulih kenderaan ketika saya berada di firma King Hong Steel ini. Di samping itu, saya telah diberi pendedahan tentang teknik-teknik untuk mengendalikan kerosakan pada setiap kenderaan, menyelenggara enjin kenderaan dan rombak rawat kerosakan pada kenderaan. Pendedahan yang diberikan di firma ini akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang situasi sebenar, tugas dan tanggungjawab dilaksanakan oleh seseorang pekerja dalam bidang ini.


Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal,sekaligus menjadikan Politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat Politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam negara ini.































BAB 8: KOMEN DAN CADANGAN

Semasa saya menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, saya telah mempelajari serba sedikit tentang peranan syarikat King Hong Steel Sdn Bhd.

Banyak perkara yang telah saya pelajari di syarikat King Hong Steel Sdn Bhd, terutamanya dalam bidang teknikal.

Di sini, saya ingin memberi cadangan untuk melatih/menghasilkan pekerja yang berkualiti di pihak industri dan politeknik iaitu :

Meningkatkan kemahiran pekerja seperti memberi kursus berkaitan kemahiran dalam pekerjaan.
Meningkatkan keselamatan pekerja seperti memberi kursus OSHA
Memberi peluang untuk pelatih dari IPT/pusat kemahiran membuat tugas atau kerja untuk memahirkan diri dalam bidang teknikal ini.Sekiranya berkebolehan dan ada jawatan yang boleh diisi,pelatih ini boleh ditawarkan pekerjaan setelah tamat pengajian.
Ada baiknya pelajar Politeknik menjalani latihan industri di penghujung semester pengajian.Berdasarkan respon daripada pihak industri,mereka keberatan untuk memberi latihan atau pendedahan kepada pelajar kerana pelajar tersebut belum tamat pengajian(suatu usaha yang membazir-setelah pelatih dilatih sehingga mahir,mereka meninggalkan syarikat dan kembali ke kampus untuk menyambung pengajian).

Oleh itu,saya berharap agar cadangan saya dapat dipertimbangkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di bahagian Politeknik.























RUJUKAN

Abu Bakaar MD Jelas, Periasamy A/L Periyasamy, MD Sukri Yasin (2008) Automotif Kenderaan, Dewan Bahasa dan Pustaka

Jamil bin Marsidi, Omar bin Budin, Nawawi bin Mhd. Jan (2008) Automotif Elektrik dan Diesel, Dewan Bahasa dan Pustaka

9 comments:

  1. Terima Kaseh, sangat-sangat membantu (:

    ReplyDelete
  2. izinkan saya mengambil untuk membuat rujukan :)
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. terima kasih..sanggat membantu...izinkn saya untuk mengambil untuk rujukan saya membuat report...

    ReplyDelete
  4. bro jadua/rajah,lampiran x de ker...heheheh

    ReplyDelete
  5. bro jadua/rajah,lampiran x de ker...heheheh

    ReplyDelete
  6. ad list x nk untk keseluruhan report?

    ReplyDelete